Page ini menerangkan berkenaan terma dan syarat untuk anda menggunakan Facebook (FB) di Zakira Agency (LoriSewa).
- LoriSewa akan mengenali anda melalui akaun FB yang anda gunakan bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi.
- Anda haruslah menggunakan App ini untuk tujuan pendaftaran akaun di LoriSewa dan urusan-urusan berkaitan transaksi jualan sahaja. LoriSewa tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang penyalah gunaan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya sekiranya diperlukan.
- Anda amatlah digalakkan untuk berkongsi / share website dan page LoriSewa kepada rakan-rakan untuk tujuan promosi sekiranya mendapati perkhidmatan dan layanan pihak LoriSewa adalah memuaskan. Anda juga digalakkan untuk rate kami 5 bintang sekiranya dirasakan perkhidmatan kami adalah memuaskan.
- LoriSewa berhak menggunakan maklumat umum profil FB anda seperti nickname dan foto untuk tujuan promosi. Contohnya; Testimoni pelanggan.
- LoriSewa tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan atau kerosakan kepada mana-mana pihak akibat daripada menggunakan sebarang perkara melalui website LoriSewa. Contohnya; Telefon anda rosak semasa melayari website LoriSewa.
- LoriSewa berhak meminda mana-mana bahagian dalam pagi ini tanpa sebarang notis. Sila rujuk tarikh dan masa kemaskini terakhir di bawah.
Kemaskini terakhir : 05 Februari 2018 jam 2 petang (waktu Malaysia).

